do more, in less

Swittle adalah sebuah syarikat FinTech progresif yang memperkasakan institusi dan organisasi untuk meningkatkan keupayaan proses kutipan pembayaran, pemadanan pembayaran (reconciliation) dan penyelesaian bayaran (settlement), selain meningkatkan daya kedudukan kewangan, ketahanan dan potensi untuk berkembang.

Hubungi Kami
  1. Penghasilan & Penghantaran Bil
  2. Kutipan Bayaran
  3. Pemadanan Pembayaran

Misi Swittle adalah untuk membantu institusi dan organisasi untuk mengoptimumkan kutipan bayaran dengan membolehkan pelanggan mereka melakukan pembayaran dengan lebih mudah dan cepat.

Dipercayai, Selamat dan Cekap

  • Kami merupakan "Payment Service Agent" bagi AmBank, membuktikan peranan kami yang sah dalam memudahkan urus niaga dan perkhidmatan kewangan.

  • Kami bekerjasama dengan PayNet dalam menyediakan sistem pembayaran atas talian yang selamat, memastikan urus niaga anda terjamin dan boleh dipercayai.

  • Kami merupakan platform rasmi pendaftaran dan kutipan bayaran bagi Persatuan Sukan, Kebajikan, dan Kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSKEB KL)

Kelebihan Penggunaan Swittle

Platform "Electronic Bill Payment and Presentment" (EBPP) kami yang komprehensif dilengkapi dengan teknologi bertaraf bank, antara muka, dan peralatan, yang direka sesuai dengan pelbagai model kewangan dan perniagaan. Integrasi dengan PayNet membolehkan kami memberikan sokongan kepada semua bank, memastikan pengalaman yang lancar bagi pengguna kami di pelbagai institusi kewangan.

  • Merekod transaksi secara 'real-time'
  • Tarikh pembayaran dan luput bil + peringatan
  • Amaun bil + pecahan dalam mata wang berbeza
  • Medan butiran bayaran tanpa had
  • Urus dan jejak perkembangan bil
  • Cipta set bil khusus
  • Jalankan kempen kutipan bayaran secara efisyen
  • Rekodkan bayaran luar sistem dan pemulangan wang

Yang boleh anda lakukan

  1. Penghasilan & Penghantaran Bil

    Serah bil kepada pelanggan secara langsung, jalankan kempen kutipan bayaran, sesuaikan medan butiran dan aturan pembayaran.

  2. Kutipan Bayaran

    Mudahkan urusan bayaran dengan menerima pelbagai kaedah pembayaran.

  3. Pemadanan Pembayaran

    Hapuskan proses pemadanan yang panjang dan renyah. Tangani 'exceptions' dengan mudah. T+1 tanpa mengira hari termasuk hari minggu dan hari cuti.

Sedang mencari cara yang mudah dan cekap untuk urusan pengebilan anda?

Jimat Masa

Swittle memudahkan operasi kutipan pembayaran - gandakan kecekapan anda.

Tingkatkan Kawalan

Ciri inovatif kami memberikan pelanggan lebih kawalan kepada pembayaran dengan menambah kaedah kutipan bayaran.

Swittle mudah disuaikan dengan keperluan anda

AKAN DATANG

Aplikasi Mudah Alih SWITTLE

  • Penghasilan & Penghantaran Bil
  • Kutipan Bayaran
  • Pemadanan Pembayaran

Kami gembira untuk mengumumkan bahawa pasukan kami sedang bekerja keras untuk membangunkan sebuah aplikasi mudah alih yang akan meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada pengguna kami.

FAQ

Adakah saya layak menggunakan Swittle?
Buat masa ini, Swittle tersedia untuk 'merchants' dan 'billers' sahaja; jika anda merupakan pelanggan, sila nantikan kemunculan Aplikasi Mudah Alih Swittle. Sebaliknya, anda layak menggunakan Swittle jika;
  • Mewakili sebuah syarikat, organisasi, institusi, atau perniagaan kecil dan sedang mencari cara untuk memudahkan proses kutipan dan merekodkan bayaran.
  • Berhasrat untuk mempromosikan produk atau servis anda bagi menarik minat pelanggan yang berpotensi.
  • Mengutip bayaran bagi perkhidmatan yang sah sahaja; Swittle tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti yang tidak sah kerana ini melanggar terma perkhidmatan kami. Perkara ini termasuk tetapi tidak terhad kepada: aktiviti judi, dadah, senjata, penyalahgunaan wang, kandungan eksplisit, dan lain-lain.
Bagaimana untuk saya mula menggunakan Swittle?

Klik pada butang CTA yang terdapat pada laman web ini iaitu 'Cuba Swittle' – anda akan dibawa ke borang tempahan temu janji demonstrasi secara atas talian.

  • Pilih tarikh yang tersedia dan buat tempahan temu janji bagi sesi demonstrasi.
  • Pilih masa yang sesuai dan berikan nama, alamat emel, nama organisasi dan nombor telefon mudah alih anda.

Pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Adakah fi pendaftaran dikenakan?
Buat masa ini, Swittle tidak mengenakan sebarang fi bagi pendaftaran atau langganan bagi akaun anda. Namun, ini tertakluk kepada sebarang perubahan pada masa akan datang.
Apakah model bayaran yang dikenakan?
  • Swittle mengenakan fi transaksi bagi setiap transaksi yang berjaya dibuat oleh pelanggan anda. Fi tersebut boleh dikenakan kepada anda selaku pengebil, kepada pelanggan anda, atau kepada kedua-duanya, bergantung kepada tetapan dan persetujuan anda dengan Swittle. Fi yang dikenakan boleh jadi beramaun tetap per transaksi, atau mengikut peratusan kecil bagi bayaran yang diterima; bergantung kepada mod bayaran yang digunakan.
  • Fi boleh dikurangkan bergantung kepada bilangan transaksi pembayaran yang dijangkakan akan diterima secara bulanan. Kami akan menyemak skema harga anda secara berkala sambil memantau jumlah transaksi yang diterima melalui Swittle.
Apakah yang membezakan Swittle?
  • Swittle menyediakan paparan bil secara multi-bahasa kepada semua pemilik perniagaan dan institusi, tanpa mengira saiz perniagaan, industri, atau kemampuan teknologi. Swittle berupaya menyebarkan bil kepada pelanggan dengan mudah dan menyediakan analisis lengkap berkenaan penglibatan pembayar, yang dapat membantu operasi perniagaan anda.
  • Pengguna Swittle mendapat manfaat daripada tahap keselamatan sistem yang bertaraf bank dari segi pemadanan dan penyelesaian bayaran, menerusi teknologi canggih dan kerjasama erat kami dengan institusi kewangan.
  • Swittle menawarkan integrasi melalui API dan antara muka yang lancar bagi pemilik perniagaan dan institusi yang mempunyai keupayaan teknologi yang minima. Integrasi ini membolehkan perniagaan menguruskan segala-galanya daripada proses pengeluaran bil, penyebaran, dan pembayaran sehinggalah proses pemadanan dan penyelesaian bayaran melalui 'Straight-Through-Processing' (STP) dan automasi.
Adakah pembayaran melalui Swittle selamat?
  • Swittle dibangunkan atas rangka teknologi bertaraf bank; sistem kami menyediakan langkah keselamatan data dan proses mengikut piawaian industri.
  • Swittle telah memperolehi lesen yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan pembayaran bil elektronik di setiap kawasan yang disokong.
  • Swittle bekerjasama erat dengan institusi kewangan bagi mengesahkan bayaran pelanggan menggunakan akaun bank, kad, ataupun e-dompet. Oleh itu, Swittle mendapat manfaat daripada aspek keselamatan institusi kewangan yang bekerjasama dengan Swittle sebagai lapisan perlindungan asas bagi melindungi hasil kutipan bayaran anda dan memastikan yang kesemua kutipan akan diselesaikan dengan tepat dan mengikut waktu yang telah dipersetujui.

SWITTLETidak Perlu Serabut Lagi

Hubungi Kami

marketing@techarm.my

L-03-06 Conezion Commercial, 62502 Putrajaya, Selangor, Malaysia.